bLogGer





flash" quality="high">

Saturday, December 1, 2012

Persiapan Menjelang Hari Bahagia

Assalamualaikum , Hey semua :) . Wah semakin hari dah semakin dekat dah nie kan , macam tak percaya jee HEHE . Persiapan alhamdulillah lah dah siap lah beli barang barang kan , Maklumlah punya lah excited kan nak bertunang , tue yang laju jee nak bershoping bagai kan , HEHE . Tapi mmg tak tipu lah kan , banyak sangat kene pakai duit kan , susah jugak kan kalau tak ada menyimpan nie kan , nasib lah sama sama kerja jadi tak ada lah beban sangat kat die kan , tunang jee dah habis dekat rm5000 balik tau , kalau ikutkan dah boleh hantar terus hantaran yang rm10000 tue kan , mana tak nya barang barang untuk hantaran pun dah berabis nak dkat rm5000 kan , HEHE , pening kepala laa banyak sangat nak pakai duit nie kan , Tue lah bak kata mak pulak ,
Mak : Hah tue lah , ingat majlis nie sume tak usah nak pakai duit kee ? nak buat majlis lagi , nak bayar duit itu lagi , duit ini
 lagi , banyak cabang yang nak kene bayar tahu 
tak , tue lah pemalas , keje pun satu hari 
dtg, satu hari tak , macam bapak kau
 punya syarikat . 

HAHA , tengok tue mak kita dah bukak kitab dah tauu , HEHE , ape nak buat kan , layankan aje laa , nak tak nak kene jugak lah teruskan , walaupun poket sendiri yang kering kan , HEHE . Kalau ikutkan nak buat biasa biasa jee kan , tapi bila pikir pikir balik tunang tue hanya sekali kan , kalau nak buat tue buat ajee lah sekali arungg , baru lah puas hati kan , HEHE . Banyak lagi persiapan yang nak disiapkan nie hah . Tak ape lah buat sikit demi sikit lah kan . HEHE . Persiapan mmg senang jee nak buat , janji modal kene ada lah kan , HAHAHA . Nie hah nak try lah buat kira kira nie berapa yang dah abis kan . Pening kepala jugak lah dibuatnya kan , asyik yang keluar jee kan , tak ada lah yang nak masuk masuk kan , HAHAHA . Dah laa malas lah nak tulis lagi , dah penat lah , tunggu lepas nie lah aku update gambar gambar sekali yee . HAHA , Okee , Bye :)


Friday, September 7, 2012

Dua Hati Menjadi Satuu :)


Assalamualaikum , Hey :) . Hari nie kan kan adalah hari yang bahagia untuk aku dan dia . Hari nie jugak aku dikejutkan dengan berita yang mak si hafiz nie nak masuk merisik aku , ya allah terkejut gilee laa . Sumpah tak ada buat persiapan langsung laa . Memang tak ada persiapan langsung lah , tak jangka laa yang mak die dtg untuk sarung cincin tue , katanya die nak dtang beraya jee kan tue yang tak tahu , HEHE . Kalau ikutkan lah nak merisik bulan 12 , walaupun cincin tue mmg dah beli awal awal lagi , sebabnya nak tunggu adik beradik kumpul duluu , tapi family die nak cepatkan pulak , ape nak kata kan , just follow jee lah kata orfang tua tua niee kan , HEHE . Tapi memang tak sempat nak bergambar lah kan , nak bergambar ape kan , aku pun pakai baju duduk rumah jee , tue yang tak tangkap gambar tuee , tapi tak ape lah janji semuanya selamat kan , alhamdulillah . Katanya lepas nie dah tak boleh laa nak gatal gatal lagi kan , tak lame lagi dah nak jadi milik orang , HAHA . Ishh tak lah , kan dah janji awak yang pertama dan yang terakhir . HEHE . Family sume dah berbincang , dan bersatu hati untuk tetapkan tarikh pertunangan kami , insyallah kalau tiada aral yang melintang , kami akan bertunang pada 25/12/2012 hari Selasa sempena Hari Chirtsmas niee . Tue jee tarikh yang kosong , sbb hari yang lain mak andam busy laa , tak dpat nak makeup . So terpakse lah amik date yang tuee , tak ape lah janji majlis nanti berjalan seperti biasa jee . Macam biasa lah hantaran yang belah family aku minta RM10 000 , mak mintak hantar rm5000 dulu masa tunang niee , seterusnya lagi rm5000 tue hantar masa nak nikah nnti . Akhirnya malam tue berakahirnya dengan kebahgian , HEHE , Sejujurnya aku mmg tak sabar untuk menempuh ke alam pertunangan . Doakan lah segala urusan kami ini di permudahkan segalanya . Amin Ya Rabbal Alamin .

Tuesday, December 20, 2011

Semakin Hari Semakin Sayangg :)

~ AL - HAFIZ ~


Assalammualaikum , Hey :) Lame gile tak bercerita kan . Okay lah kalau nak tahu lelaki nie lah yang akan menjadi lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidup aku . Insyallah dipermudahkan segalanya kan . Hafiz seriously sayang cakap sayang bahagia sangat bila disamping awak tau , awak baik , awak penyanyang , kelakar , awak gile-gile , tue yang buat sayang senang bila bersama gan awak . walaupun kadang-kadang perangai awak tue buat sayang geram , sakit hati kan , HEHE . Tapi kadang-kadang awak nie sangat2 romantik kan ? walaupun luaran awak mmg kasar , sayang ingat lagi awak pernah cakap kat sayang .

  Him : myra aku tak penah sayang orang macam mane aku                        sayang kau tau , sumpah aku sayang kau
 sepenuh hati aku. Hanya tuhan saja yang tahu macam amne aku sayang kau tau .

Him : aku sayang kau yunk , hari-hari aku ingat kau jee ,
            walaupun sesaat , mira jee kat kepala otak apis nie .

Tengok tue betapa romantiknya awak kan , kadang2 bila ingat balik sumpah kelakar yunk , kau dah lah kasar , kepala angin ! Memang tak boleh blay , HAHA . Tapi bila tengok kan mmg nampak awak mmg mcam main-main jee gan sayang kan , macam tak berapa nak serious sangat lah kan . Tapi kepercayaan sayang mula datang sejak awak lamar sayang untuk menjadi teman hidup awak hingga akhir hayat , SUMPAH sayang baru rasa betapa besarnya CINTA awak dan Kasih Sayang awak kat sayang . Sayang bahagia disamping awak . Sayang doakan hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat yee . So masa yang mendatang cuma untuk menghitung hari dan menanti saat yang indah :) . Insyallah .

Tuesday, December 6, 2011

HAKIKAT PERCINTAAN :)

Kita belajar melupakan seseorang yg melupakan kita.
Kita belajar memaafkan semua yg menyakiti kita..
Kita belajar untuk jadi yg terbaik untuk org yg kita sayangi..
Tapi satu hal yg tak bisa kita pelajari iaitu
 :"Harus belajar tersenyum disaat org yg kita sayangi menyayangi org Lain :)

Monday, September 26, 2011


CINTA  MUKA BUKU !!

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Tuesday, September 6, 2011

CINTA ITU BUKAN UNTUK KU !!


CINTA ITUU BUKAN UNTUK KU !!
Ada orang khuatir untuk bercinta kerana bimbang akan mengecewakan orang. Ada juga sesetengah orang menganggap keturunannya suatu yang memalukan sehingga takut untuk bercinta. Terpaksa memendam rasa meskipun menyukai seseorang. Terpaksa berdiam diri walau tahu orang itu juga menyukainya. Sehingga ada orang merasakan dirinya langsung tidak layak dicintai orang lain dan dirinya juga tidak layak untuk mencintai orang lain?
Mungkin kita rasa yang mereka tidak seharusnya berfikiran seperti itu. Mereka perlu berfikiran positif. Tentu ada orang yang boleh menerima mereka, tentu ada orang yang boleh mencintai mereka. Mereka perlu berani. Mereka perlu berusaha dan percaya kepada diri sendiri.
Sebenarnya itulah yang mereka lakukan selama ini. Itulah yang mereka usahakan selama ini. Tetapi kepercayaan mereka dimusnahkan, keyakinan mereka diingkari dan cinta mereka ditolak seolah-olah mereka merupakan makhluk hina yang tidak memiliki hati dan perasaan!
Ini adalah gambaran sebenar apa yang terjadi kepada mereka sebelum mereka berfikir seperti mana yang sedang mereka fikirkan sekarang. Kes seperti ini pernah dialami oleh beberapa orang sahabat saya. Pernah seorang lelaki mencintai seorang wanita. Mereka sama-sama suka dan keduanya memiliki akhlak yang baik. Bagaimanapun kisah cinta mereka tidak lama. Setelah mengetahui tentang keturunan si gadis, lelaki itu terus menolak dan tidak mahu berjumpa dengan si gadis itu lagi.
Perbuatannya menyababkan gadis itu sentiasa menangis dan bersedih. Apakah salah dirinya? Apakah kehinaan yang ada pada dirinya? Kenapa seorang lelaki yang kelihatan baik hati dan begitu menyayanginya pun pergi meninggalkannya? Siapa lagi yang boleh menerimanya? Perlukah dia mempercayai orang lain lagi?
Apabila hal ini diceritakan kepada saya saya hanya berkata. “Bersyukurlah, Allah tunjukkan dari awal bahawa lelaki itu bukanlah lelaki yang baik! Dia tidak perlu rasa kecewa dengan diri sendiri. InsyaAllah akan ada orang yang boleh menerimanya. “. Namun komen saya dibalas begini “Cakap memanglah senang. Hati orang yang sudah kecewa, macam mana mahu diubati lagi?”
Entahlah…Kadang-kadang saya kecewa dengan sikap masyarakat yang memandang hina keturunan orang.  Jika benar keturunannya hina, yang hina itu hanya keturunan, bukan individu itu sendiri. Banyak lagi faktor lain yang menjadi sebab kenapa seseorang itu dianggap hina di mata masyarakat sedangkan perkara itu bukanlah salah mereka. Tidak hairanlah mereka akhirnya merasa bahawa mereka tidak layak untuk mencintai orang mahupun dicintai orang.
Kerana sikap masyarakat terlalu zalim terhadap kehormatan mereka. Sebagai seorang individu yang sedar akan hal ini saya ingin memberi sedikit kata-kata hikmah yang mungkin dapat memberikan mereka secebis harapan.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara;
1. kerana hartanya
2. kerana keturunannya
3. kerana kecantikannya
4. kerana agamanya.
Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim
Hadis ini menjelaskan bahawa seorang wanita itu dinikahi oleh seorang lelaki kerana 4 perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan juga kerana agamanya. Maka Rasulullah menyuruh kita mengutamakan wanita yang memiliki agama yang baik. Tidak diutamakan berapakah hartanya, siapakah keturunannya atau sejauhmana kecantikannya.
Oleh itu wahai wanita, jagalah agamamu. Peliharakanlah dirimu dari fitnah dunia dan abaikan hal-hal yang tiada kaitan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam. Usah terlalu difikirkan tentang keturunan, harta dan kecantikan (bukan salah menjaga tetapi bukan itu yang utama)! Sedarlah kamu bahawa lelaki yang baik akan menilai dan mencarimu berdasarkan agamamu. Bukan kerana faktor-faktor lain yang hanya semantara.
Buat diriku dan kaum sejenisku iaitu para lelaki yang dihormati dan dijanjikan Allah sebagai manusia yang bergelar pemimpin, jika diri kita dari keturunan yang hina, itu bukanlah apa-apa di hadapan Allah.  Yang hina mungkin adalah keturunan, yang mulia adalah diri kita yang melakukan amalan soleh. Jika kita tidak berharta, ketahuilah bahawa harta boleh dicari. Apa yang lebih penting ialah kita perlu memiliki ilmu. Jika kita tidak memiliki rupa paras yang baik, ketahuilah bahawa ada orang lain yang jauh lebih teruk rupanya daripada kita. Bersyukurlah..
Usah bersedih dan kecewa dengan ujian. Terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Allah tidak benci kepada orang yang tidak dikurniakan kebahagiaan sebagaimana kita yang tidak dapat memiliki cinta, tetapi Allah amat murka kepada orang yang hilang kepercayaan dan pergantungan kepada-Nya.
Jika seandainya kita seorang wanita atau lelaki yang soleh tetapi tidak juga dapat memiliki cinta seorang insan bergelar kekasih samada dari seorang suami ataupun isteri, ketahuilah Allah sudah menyediakan bidadari dan bidadara di syurga untuk menemani kita seumur hidup! InsyaAllah…
Wallahualam…..

WANITA DAN LELAKI YANG TERBAIK ITU UNTUK SIAPA !!


Untuk siapa yee ?
Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika  kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.
Wallahualam…..